20 January 2013

UNTUK AKU KAH AL-QURAN ?


Alhamdulillah hari ni sempat nak update blog ni . okay okay . merujuk kepada tajuk di atas ,ceh macam nak buat surat pulak da, korang rasa tak Al-quran tu untuk korang ? rasa tak ? Alhamdulillah kalau rasa Al-quran tu untuk kita tapi bagi segelintir  yang rasa ta tu mesti bagi alasan Al-quran tu turun untuk nabi Muhammad je . macam ayat pertama Surah Al-Ikhlas  yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa.”tapi sedarlah hakikat bahawa “Qul” itu kata arahan untuk ‘katakanlah’(masuk nahu arab ) yang ditujukan buat kita, sebagai hamba Allah .

Itu lah antara sebab kenapa tak rasa feel masa baca Al-quran . pernah je rasa lepas baca Al-quran tapi rasa’ kosong kosong’ sebab tak pernah nak letak diri kita sebagai orang yang menerima dan mengamalkan Al-quran . kita rasakan surah dan arahan itu untuk Rasulullah . bukan kita .

Sama macam kita baca surat cinta kawan kita atau surat cinta budak-budak junior mase sekolah.

“I love u niesa

“I miss u niesa

“jangan tinggalkan I , niesa

“kaulah jantung hatiku niesa

 “Saya sayangkan awak sampai bila-bila niesa

  “Awak memang bukan cinta pertama saya niesa tapi cinta terakhir saya”

Weeks jiwang terlebih karat kan . ape pon tak boleh . confirm tak berkesan untuk kita sebab bukan nama kita kat situ . tapi kalau nama tu tukar kepada nama kita, confirm rase kene tiup dengan angin walaupun sure kat situ memang tak dek angin. Rasa ade renjatan elektrik walaupun masa tu tengah pegang pemadam getah .krik..krikk..Samalah macam al-Quran . Ia merupakan surat cinta Dia kepada kita sebagai hamba-Nya. Rasailah Allah sedang berbicara dan memerhati kita secara live di saat kita melantunkan ayat-ayat-Nya.

Otak tak mampu merasa apa-apa. Samalah macam al-Quran kalau kita baca menggunakan otak atau akal , ia tidak akan mengesani hati dan jiwa kita . maka jadilah kita manusia yang membaca al-Quran, tapi tidak mendapat kesan atau manfaat dari al-Quran. Nak ke jadi macam tu ? Tepuk dada tanya Iman . Wallahualam.

Sekadar peringatan J nama yang terlibat hanya rekaan semata-mata.


  
Daisypath Happy Birthday tickers