28 March 2013

REMAJA AKU OHSEM KAH ?


Assalamualaikum 

"eh kau kenal tak sape ni  ?"

"kenal.. kenal . idola aku tu ..hebat gila kot derang ni . sape tak kenal  sumpah kolot ah ."

"ouh kolot ."

"yup .kau tanye je la ape ape pasal derang confirm aku boleh jawab nye . " sambil angkat kening double jerk .

"ouh ye , wah ohsem gile kau . eh kenal tak Sultan Muhamad al-Fateh dengan Solahuddin al-Ayubi ?

" err, sape weh tak penah dengar pon . popular ke derang tu ? "

"eh tak kan tak kenal famous kot .haish memang nak kene ni "

ok kepada aktivis korea saya ingin memohon ampun dan maaf dahulu andai tersentuh dengan dialog di atas .

bangun la weh .

tak kan nak berfoya poya lagi ? tahukah anda tentang kehebatan Sultan Muhamad al-Fateh dan Solahuddin al-Ayubi ? tidak mahu kah anda mempunyai kehebatan seperti beliau yang membanggakan Islam sewaktu usia masih muda ?

Lihatlah Sultan Muhamad  al-Fateh, ketika berusia 21 tahun berjaya menawan Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Tanggal 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah merupakan tarikh keramat kerana pada tarikh inilah Kota Konstantinopel berjaya ditawan. Kota Konstantinopel  yang mana ketika itu dikuasai oleh empayar Rom yang sangat, cukup dan teramat la kuat.

Ketika berusia 17 tahun, usia yang mana kita sedang berhoyeah dengan rakan-rakan sebaya. Tetapi tidak bagi Salahuddin al-Ayubi, beliau mula berkhidmat dengan Nuruddin di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Sila terkejut kerana Baitulmaqdis yang ditawan oleh orang kristian selama lapanpuluhlapan berjaya ditawan oleh Salahuddin Al-ayubi. SubhanaAllah !. Kehidupan Salahuddin Al-ayubi pula sentiasa dimedan perang daripada duduk di istana bersama keluarganya

kalau pergi mall tak payah cakap la ramai pemuda pemudi yang sibuk terkinja kinja huhahuha tak tentu pasal  berkepit sana sini  . dekat rumah marathon running man dan drama drama korea yang jalan cerita nya hampir sama cuma pelakon yang berbeza mengikut pasaran terkini .  nauzubillah .sedar la weh banyak lagi perkara berfaedah yang boleh kita buat . masih banyak lagi ilmu yang belum kita kuasai. tepuk dada tanya hati .

peringatan untuk semua yang bergelar umat Islam terutamanya yang bergelar remaja seperti aku . jangan Islam cuma di kad pengenalan tetapi ambillah Islam sebagai cara hidup  . ayuh berubah tinggalkan jahiliyyah . jadikanlah Sultan Muhamad al-Fateh dan Solahhudin al-Ayubi sebagai idola anda supaya menjadi pendorong semangat untuk membina individu muslim yang sejati .  Wallahua'lam






Daisypath Happy Birthday tickers