22 February 2015

foundation UNIKL MARA

Bismillahirrahmanirrahim ...
Maaf kepada Batch 96 yg bertanyakan tentang Kolej MARA Kulim. KM Kulim best tak kak ? ok tak kak ? kemudahan ok tak ? Ok, mai sini nak bagitau kat hampa semua. haha
Di KMKu ada 5 program.
1. FiST UniKL
2. Pra-U USM
3. PPKS UMK
4. Matrikulasi MKPM (sains)
5. Fast track USM
Bila ada banyak program, ada la banyak aktiviti kolej. time aktiviti kolej lah hampa dapat eratkan lagi ukhwah dengan kawan2 seprogram & kenal kawan2 dri program lain. best sangat-sangat grin emoticon
haa. Lagi satu. setiap hari Rabu pukul 6 pm - 7pm ada kuliah fardhu ain. kuliah ni disampaikan oleh ust t.mudawali. best..o0oo. rindu pulak nak dengar kuliah ust + ust buat lawak. hukhuk
lepastu setiap Jumaat, 7.30 - 9.00 pagi ada kuliah fardhu ain khas untuk kaum hawa shja. ni dikira bonus la utk pelajar KMKu. pihak kolej dah jemput ust/ustzh dari luar utk bagi kuliah..share ilmu agama dengan para pelajar,jawab soalan para pelajar.. itu pun malas-malas lagi nak turun pi majlis ilmu ? org lain bersusah payah nak pi majlis ilmu..taman2 syurga, di KMKu pula mmg dah siap-siap tersedia utk para pelajar jangan la nk bagi alasan bagai. hendak seribu daya,tak hendak seribu alasan diberi. kuikui.
Setiap hari seawal jam 7.30pagi, semua pelajar kena kumpul dekat dewan. ada bacaan al-mathurat. jangan nak skip2 pulak. kalau nak berdoa pagi2 pun malas, cmna nk berjaya ? jangan ingat, alaahhh.. dah hbis sek pun ada perhimpunan ka pagi2 di kolej ? semua ni untuk membentuk disiplin & sahsiah terpuji. bila pgi2 baca al-mathurat, then pukul 8pgi masuk kelas, tenang ja rasa..insyaAllah
KEMUDAHAN macam mana ?
1. Asrama. Ada katil, tilam, loker, meja study.. kalau nak tilam hat tebal empuk punya.. angkut sendiri dari umah yaa grin emoticon pastu setiap dorm ada mesin basuh rm2. yg malas basuk ngn tangan sediakan duit rm1 banyak2.haha kalau malas jugak pi hantar dekat doobi ikut giliran yg ditetapkan.

2. Dewan Selera. ada 2. utk putera & puteri. makan 5 kali sehari. sarapan,kudapan,tengahari,makan malam,supper. toksah dok gaduh takut lapaq ka apa.. takut hampa tak larat nak makan ja. huhu

3. Surau. Alhamdulillah. besar + cantik. tempat tersangat strategik. antara laluan ke dewan selera & bangunan akademik. ringan-ringankan kaki utk pi solat berjemaah kat surau naa.

4. Perpustakaan. besar + selesa. buku2 pun senang nk dicari. buka dari pagi smpai malam.

5. Koperasi. koop ni adik sikit dari tesco ja kot.wahaha. semua ada dalam tu. buka dari pagi sampai malam jugak.

6. Bilik cetak. haa.. jangan risau, ada ja bilik photostat,print,binding..etc. harga macam biasa la.

7. tempat bersukan. ada padang ragbi, padang bola sepak, court badminton,b.jaring, b.baling, petanque, futsal,b.tampar, tenis & gym.e

8. Cafe. kalau tak mau makan dekat DS..boleh beli dekat cafe la.

9. Outing. guna sistem giliran. hanya boleh outing hari khamis & sabtu. kalau minggu ni lelaki outing hari khamis,maka perempuan outing hari sabtu. jadi utk minggu depan,lelaki outing hari sabtu,maka perempuan hari khamis. begitulah seterusnya. bila keluar ja dri pagar kolej, ada ja teksi yg akan tunggu. bila outing nk pi mana ? ada ja byk tempat hampa boleh pi. ada Giant, Tecso, Landmark, KFC, McD, Pizza Hut, Domino, Secret Rcpe....etc. depan kolej pun ada deretan kedai makan. paling famous kedai kak sah. sedappp +++ .

10. Masjid jauh tak ? utk adik2 lelaki, jangan susah hati. masjid tak jauh pun. dalam 5 minit ja sampai. depan kolej ja.

11. Pensyarah & Staf. para pensyarah & staf dkt KMKu semua baik belaka + sporting. tapi kalau hampa buat salah, mau depa bertukar menjadi harimau. haha
SUSAH atau SENANG subjek yg akn belajar ?
Jawapan yg cukup mudah. Tanpa minat & usaha, apa-apa pun akan jadi susah. Benda mudah + ada minat = benda mudah akan jadi lebih senang. benda susah minat = benda susah akan jadi senang. insyaAllah. Man jadda wajada. tutorial, assgment, report..buat & submit tepat pada masanya ok.
Dik, pi lah ngaji kat mana pun... cerok mana pun hampa kena campak, tak kiralah tengah bandar ka, dekat pedalaman ka.. tak ada sesebuah institusi yg dpt memenuhi 100% kemahuan adik. yang paling penting, melangkah ja masuk pintu pagar KMKu, pbetulkan nawaitu masing2. niat belajar keranaNya. bukan hanya exam semata. KMKu dah berjaya melahirkan ramai insan2 yg berjaya bergelar doktor, engineer, farmasi...etc. janganlah dok buat perbezaan KMKu dengan institusi lain. baru berapa hari adik2 dh buat pelbagai kesimpulan. enough ! org bijak akan sabar dengan setiap yg diuji. bila dah lama dekat situ, baru hampa tau erti kehidupan. KMKu dapat merubah seseorang...erti kehidupan di kolej lah yg byk mengajar,mendidik & membentuk peribadi & sahsiah terpuji.diterapkan dengan nilai-nilai islam, kepimpinan & sebagainya sebagai bekalan kelak. silap2, KMKu jugaklah yg diseru bila dh hbis nanti. rindu surau,rindu asrama lah, rindu itu..rindu ini. haha. ada hikmah hampa ditempatkan di KMKu. terimalah 







KUALA LUMPUR - KULIM - KUALA NERANG


UniKL xde MQA? Perlu MQA tak?
UniKL tak perlu MQA, mahu MQA? sila ke Universiti lain
Hampir keseluruhan program di UniKL telah di akreditasi oleh MQA, kecuali program baru yg perlu ambil masa, semua benda ambil masa sbb kita bukan di syurga, jgan risau masa interview minta kerja, dia tak tanya pun ada MQA atau tak

Graduan UniKL bernaung di bawah MSET=Malaysia Society of Engineering Technology

Graduan UniKL tak boleh join BEM=Board of Engineer Malaysia?
Tak perlu dan tak penting, BEM utk Engineering pure, UniKL adalah Engineering Technology

Engineering VS Engineering Technology, apa tuh?


Engineering = baca buku, hafal buku, telan buku dan tgok lecturer/technician buat demo dlm class/lab/workshop

Engineering Technology = baca buku, tgok lecturer/technician buat demo, lepas tu try sendiri dlm class/lab/workshop utk dpt pengalaman

Belajar macam mana?
belajar sama macam matrik belajar juz kurang sikit pada diorang. foundation lbh kpada softskill. byk projek bkn skadar bca buku ja. sbb 2 silibus d kurangkan. tapi utk pelajar biologi, anda belajar detail lgi berbanding matrikulasi. 10 bab sem 1 dan 13 sem 2.

Makan minum macam mana?
makan minum free.5 kali sehari.kalau lapar jugak boleh pergi cafe mak lang
tak pun korang boleh borong kat koop yang lebih dikenali sebagai 7E

Mana best antara UniKL dgn Universiti lain?
Tak ada universiti yg best dan tak ada universiti yang tak best, semua ada kelebihan & kekurangan.tapi bagi kita orang UniKL is the best la.

Dapat biasiswa tak? Kene buat loan tak? MARA ke PTPTN?
Biasiswa? 
Foundation UniKL : Ya, dapat MARA dgn syarat2 tertentu.bantuan penuh RM3200.
UniKL : Tidak, kene buat loan

Loan? Yes
Loan MARA utk UniKL
Loan PTPTN utk IPTA

STUDY CEMERLANG, BAYAR KURANG,
MALAS STUDY, BAYAR LA PULUH-PULUH RIBU LOAN

Boleh mintak wang loan pendahuluan dr MARA utk bayar yuran pengajian

Campus UniKL mana best?
Sila masuk UniKL atas dasar minat kpd course bukan sbb campus best, hostel, pakgad baik, lecturer mana garang, jika tidak, sila ke Universiti lain

Link utk senarai Campus UniKL

Hostel mana best?
Hostel best atau tidak bergantung kpd penghuni hostel tu. kalo hostel UniKL tu dibuat di Palace of Golden Horses tp perangai penghuni hostel mcam beruk hostel macam istana pon boleh jd pusat pembuangan sampah, nak senang? duduk rumah atau sewa luar

Sem 1 wajib duduk dalam hostel, next sem ikut anda

Boleh fly tak kalau masuk fist??
boleh fly tapi tu pun kalau dapat tawaran fist aust,uk,vinayaka la.
Course apa best?
Suma course best, suma course bleh dapat kerja, kalo tak buat apa bukak course tu?

Link utk senarai Course di UniKL, click ikut campus & level pengajian 

Dapat kerja tak lepas belajar UniKL?
Graduan universiti/kolej mana yg tak dapat kerja?

Sijil Foundation boleh apply mana?
Lepasan Foundation boleh sambung di UniKL & mana2 IPTS yg iktiraf Foundation spt UTP MSU UNITEN AUCMS CUCMS dan mna2 U yg ada link dgn MARA, tetapi sila buat permohonan sendiri, kalau berminat nak sambung di IPTA. Tak semua IPTA yg iktiraf sjil foundation unikl, just try your luck.

Link utk program foundation

More details about UniKL : http://www.unikl.edu.my/index.php/home
Details about Kolej MARA Kuala Nerang: http://www.mrsmkm.edu.my/knerang/#
Deatils about Foundation in KMKN : http://www.mrsmkm.edu.my/knerang/unikl-home.php

MUET required for Bachelor in Engineering Technology?
download pdf file for more info:

Jika ada kesalahan/pembetulan/penambahan sila inform saya
-Admin-

Created by:
Mohd Firdaus Bin Mohd Isa
3rd Batch Foundation UniKL, Kolej MARA Kulim
Institute Product Design and Manufacturing, Universiti Kuala Lumpur (UniKL IPROM)



post adalah kongsian daripada page foundation unikl
https://www.facebook.com/groups/7916824516/
heart emoticon
Daisypath Happy Birthday tickers