30 May 2011

Cik Kotak, Cik Kura-kura,& Rumput



saya down  ;(

Kelihatan Cik Kotak kelesuan dan tidak bermaya.
 Mungkin kerana kepenatan dan tertekan. 
Cik Kotak hairan kenapa dia diuji sebegitu.
 Tak pernah lagi harunya sebiru ini. 
Cik Kotak sangat hairan kenapa dia harus 
dipertemukan dengan orang yang salah,
lepas satu, satu yang ditemuinya memberi masalah.
Susah sangat ke nak cari orang yang baik nih? 
Dan bilamana dia bertemu dengan orang baik,
 hati sudah mula sayang, saat itula dia diuji. 
Orang yang disayangi itu mengecewakannya. 
Dan ini membuatkan dia tak nak dah percaya 
pada sesiapa. Kekecewaan itu menyebabkan
Cik Kotak sudah serik untuk memilih 
dan menyayangi sesiapa lagi kerana takut 
sayang itu tak lama.

Tetibe, Cik Kotak ditegur Cik Kura-Kura.
 "Kenapa ni Cik Kotak? Sedih je nampaknya",
 tanya Cik Kura-Kura. Jawab Cik Kotak dengan
 muka sedih (tapi comel), 
"Entahlah Cik Kura-Kura, tak faham dengan hidup ini".
 Cik Kura-Kura senyum dan ajak
 Cik Kotak jalan-jalan.


Jom, kita jalan-jalan jap ea

Sambil berjalan bersama-sama 
(walaupun Cik Kotak kelihatannya duk 
atas Cik Kura-Kura, tak jalan sendiri pun), 
Cik Kotak bertanya pada Cik Kura-Kura,

Cik Kotak : Cik Kura-Kura, macam mana
 kita nak pilih seseorang yang terbaik 
sebagai orang paling kita sayang?. 
Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cik Kura-Kura : Oh, awak nak tahu ke?.
 Emmm... Baiklah, sekarang kita dah
 sampai ke padang rumput ni.
 Awak buat apa yang saya suruh kat sini. 
Ikut je ye... Mungkin awak akan 
dapat apa jawapannya.

Cik Kotak : Baiklah... Apa yang saya harus buat?
monolog dalaman Cik Kotak: apa kaitan
 padang rumput dengan soalan aku tadi 

Cik Kura-Kura : Awak berjalan di 
atas padang rumput ni sampai ke 
hujung sana dan sambil memandang
 rumput di depan awak, pilih mana yang
 PALING cantik tanpa menoleh ke belakang
 lagi walaupun sekali. Dan awak petiklah
 rumput yang PALING cantik yang berada di
 depan awak tersebut dan selepas itu
 bawa balik ke sini.

Cik Kotak : Ok. Saya pergi sekarang dan 
buat apa yang awak suruh.

nak pilih rumput yang mana ni? @_@


Apabila Cik Kotak tersebut balik semula 
berjumpa dengan Cik Kura-Kura, tiada pun
 rumput yang berada di tangannya. 
Cik Kura-Kura pun bertanya kepada Cik Kotak:

Cik Kura-Kura : Mana rumput yang saya
 suruh petik tadi?

Cik Kotak : Oh, tadi saya berjalan di
 atas 
rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput
yang paling cantik. 
Memang ada banyak yang cantik tapi 
awak 
kata petik yang paling cantik 
maka sayapun terus berjalan ke depan sambil mencari
yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa 
pun yang paling cantik. Mungkin ada di 
antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah awak cakaptak boleh menoleh ke 
belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang 
saya boleh petik.

Cik Kura-Kura : Ya, itulah jawapannya. 
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita 
hendak mencari lagi yang
 lebih baik daripada itu.
 Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke 
belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. 
Jika kita berselisih faham dengan orang
yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat 
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang
yang kita sayang itulah kita jumpa paling 
cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun
nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang 
yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

sayangi dan hargailah semua rumput orang yang kita jumpa!

No comments :

Daisypath Happy Birthday tickers