27 August 2011

Lailatul Qadar


10 malam terakhir.
Yang seronoknya 10 malam terakhir dalam Ramadhan adalah,
 kewujudan lailatul qadr. Malam yang Allah SWT sendiri isytiharkan bahawa,
 ianya lebih baik dari 1000 bulan.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr
, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr 
itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para
 malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk 
segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” 
ayat 1-5.
Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Nak ibadahnya dikira
 macam dia beribadah lebih dari 1000 bulan katanya. Maka macam-
macamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini.
Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat 
badah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian.
 Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap 
dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, 
membuat pengiraan matriks, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr
 untuk tahun ini dan tahun mendatang.
Macam-macam. Mungkin kita ini sebahagian dari yang 
banyak-banyak berusaha itu.
Jadi, sekarang dah tiga malam berlalu. 
Anda dah jumpa Lailatul Qadr?
Apa perasaan anda, kalau saya kata:
“Lailatul Qadr itu malam tadi”
?
Daisypath Happy Birthday tickers