31 August 2011

MERDEKA!!

Khas untuk  yang berjuang demi menuntut kemerdekaan untuk Tanah Melayu..

transformasi berjaya, rakyat sejahtera



Terima Kasih...
Kerana usaha kau Malaysia merdeka...
Kerana usaha kau Malaysia aman dan damai...
Kerana usaha kau Malaysia maju dan membangun...
Kerana usaha kau Malaysia mampu berdiri seiring dengan negara lain..

Terima Kasih...
Kerana jasa kau kami hidup bebas ditanah air kami sendiri...
Kerana jasa kau kami mampu untuk berdiri diatas kami sendiri...
Kerana jasa kau kami berpeluang menuntut ilmu dengan aman...
Kerana jasa kau kami tidak perlu melalui pahit getir seperti mana yang kau rasa dulu...
Kerana jasa kau kami masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain hidup aman dan bersatu-padu...
Kerana jasa kau kami mampu membantu rakyat negara lain yang berada dalam kesusahan...

Terima kasih..terima kasih...terima kasih...terima kasih wahai pejuang negara...

Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita  sebagai generasi baru untuk menghayati dan berusaha untuk mengekalkan nikmat kemerdekaan yang di kecapi...hargailah perjuangan perwira-perwira negara kerana tanpa mereka kita takkan berdiri di tempat yang kita berada sekarang...

adilkah kita mempertikaikan perjuangan mereka sedangkan mereka yang sebenarnya berhempas-pulas demi mempertahankan maruah negara sehingga ada yang sanggup mengorbankan nyawa?...dimana letaknya nilai kemerdekaan itu di hati kita? adakah hanya cukup disambut dengan dentuman bunga api pada malam 31 ogos? ataupun cukup dengan sekadar menonton konsert hiburan? melepak bersama member hingga subuh? sebegitu rendahkah nilai kemerdekaan itu didalam diri anda?dengan apa yang kita lakukan sebelum ini, layakkah kita untuk digelar rakyat Malaysia? tepuk dada tanya minda anda...

ingatlah bahawa mencapai kemerdekaan itu sukar, tapi untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan itu sebenarnya lebih sukar...buka mata, buka hati dan bebaskan pemikiran kita supaya kita lebih mengenal dan menghargai apakah sebenarnya erti sebuah kemerdekaan...



inikah yang menjadi pilihan anda??

atau


yang ini??

dimanakah diri anda berada??
sekali lagi, tepuk dada tanya minda anda...:))

I'M PROUD TO BE MALAYSIAN...
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 54..
peace no war! ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers