04 January 2013

SAYONARA JAHILIYAH

Kisah seorang hamba Allah bernama Syarif . Masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia . Pelajar cemerlang yang selalu mendapat pujian daripada pensyarah dan rakan-rakan seperjuangannya . Hidupnya sentiasa sibuk dengan assignment dan rutin harian sebagai pelajar . Disamping belajar, hidupnya juga diselimuti dengan unsur jahiliyah . Penggemar muzik-muzik hardcore seperti Avangad Sevenfall, Mouse ect . Leka dengan permainan video seperti GTA(Grand Thin Auto), Need For Spell Underground ect . Lebih suka hang dengan kawan-kawan di Starduck untuk menghabiskan masa yang terlebih . Solatnya hanya kadang-kadang dan lebih kerap apabila tiba musim exam .  Hatinya telah dimiliki oleh gadis comel bernama Niesa, katanya di bio twitter . Satu hari dia terasa ada kekurangan dalam dirinya . Timbul persoalan dalam benak kepalanya yang penuh dengan karat jahiliyah

“Bilalah aku nak berubah ?”

“sampai bilalah aku nak jadi macam ni?”

“Aku nak bertaubat, tapi kenapa asyik failed je ?”

Pada malam hari, hanya Tuhan sahaja yang tahu dan Tuhan sahaja yang mendengar esak tangisnya yang penuh dengan kekesalan atas perbuatan jahiliyahnya sejak 21 tahun dilahirkan ke bumi. Dia mula mengubah sedikit demi sedikit cara hidupnya dengan mengurangkan aktivti kegemarannya bermain permainan video dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan . Namun perubahan yang dilakukan oleh Syarif cuma hangat-hangat tahi ayam . Entah bagaimana dia tersungkur semula ke lembah jahiliyah. Kembali leka Malayan permainan video, kembali asyik menonton filem, kembali rancak bersama teman melepak bersama berbincang tentang ‘dakwah’ di Starduck .Lagu-lagu hard core kembali berkumandang di telinga Syarif .

Syarif sudah tidak ingat lagi tatkala air mata membasahi sejadah pada sujud meminta ampun daripada Allah.Akhirnya dia memilih untuk kembali membuat dosa . Jahiliyah kembali mewarnai lubang-lubang kehidupan sehariannya. Mengapa jadi begitu ?

“Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNYA, nescaya DIA menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan DIA akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.”
(HUD:52)

Orang yang bertaubat tatapi hatinya tidak benci kepada kemaksiatan itu malah RINDU untuk berbuat maksiat , maka taubat itu PALSU ! Rasa tertarik untuk melakukan kembali jahiliyah terdorong oleh hawa nafsu yang sentiasa mengajak untuk melakukan perkara jahiliyah. Selagi berhala itu tidak dihapuskan maka kita lebih tededah kepada bahaya maksiat 
.
Namun kita janganlah cepat berputus asa, sebaliknya kita perlulah berusaha untuk menjadi seperti ultraman tak kesah lah edisi ke berapa pun namun sentiasa berusaha bersungguh-sungguh menentang makhluk asing yang cuba membuat onar .Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk menentang jahiliyah. Capailah taubat yang sebenar-benarnya supaya dapat memperbaiki diri sebagai muslim atau muslimah yang ohseem  dalam usaha untuk mengejar syurga . Wallahualam .

segala inti post diatas bertujuan untuk member peringatan dan pengajaran bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak . Kepada sesiapa yang sentap Alhamdulillah. Berusaha untuk membaiki diri agar lebih baik untuk hari-hari yang mendatang . InsyaAllah . J
Daisypath Happy Birthday tickers