20 February 2013

TUDUNG SAJI


Assalamualaikum . hari ni aku nak tulis pasal hijab . tau tak maksud hijab tu ape .ia adalah berbentuk mashndar iaitu bersifat menutup, mencegah dan melindungi. kalau menurut syarak pulak seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya sehingga orang bukan mahram tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang beliau kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup.


hah paham tak ?

hijab menggambarkan diri meliputi badan bagi maksud kesopanan dan maruah; meluas, sistem yang ditetapkan sikap dan tingkah laku mengenai kesopanan dan maruah.

 ramai yang cakap hijab tu tudung je . tak pon niqab ke purdah ke and so whatever . byak lagi ah pesen zaman sekarang .disebabkan kefahaman macam tu ah ramai yang cakap "baju ketat siket tak pe janji pakai tudung . 

"sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
 "(Riwayat Bukhari dan Muslim)".
 Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian bahagian tertentu .

ok kenapa kita aku kau dia dan kamu kena menutup aurat ?
tutup aurat itu satu tuntutan oleh Allah dalam surah an-nur ayat 31 maksud die kita wajib tutup aurat 
samalah macam kenapa kita solat dan puasa semuanya tuntutan dari Allah .

ok apa kita aku kau dia dan kamu rasa bile tutup aurat?
comfem ah rase selamat dan nyaman . contoh ah naik lrt ke naik bas ke orang tak dek ah nak pandang beria sampai terbuntang biji mata sebab pakai pakaian yang tak menutup aurat . right?
kelebihan menutup aurat terhighlighted disitu :)

ok konklusinya . pakailah pakaian yang menutup aurat supaya diri bebas dari perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada kita . yang wajib tetap wajib. tidak ada alasan bagi kita untuk tidak menutup aurat . InsyaAllah .
wallahua'lam.


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kaum(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. yang demikian itu adlah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
7:26



video ni sangat sesuai untuk korang dari Mr The All Shared . jom tengok .






Daisypath Happy Birthday tickers