30 April 2013

Solat macam chipsmore .

Assalamualaikum .Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim . Alhamdulillah masih mampu menghirup udara segar di pagi hari . syukur .

 Hari ni aku nak kongsikan ape yang aku dapat mase ngaji kitab di masjid kampungku ygdsampaikan oleh Ustaz Shaharuddin bin Haji Muhammad Nor. okay minggu ni ustaz ajar tentang wudhuk. 
Pernah tak korang terfikir dari mane korang belaja ambil wudhuk? ke tengok orang buat macam tu macam ni main ikut je .korang tau ape die rukun wudhuk ape tu sunat wudhuk ? ha kalau tak tau cepat2 pergi cari ustaz atau ustazah atau mak or ayah. tanye balik derang betul ke care ambil wudhuk korang .sah ke tak cara korang ambil wudhuk ?

 Okay ape effect die kalau wudhuk kita tak sah .
kita punye solat tak sah .DOSA BESAR
kita pegang al-Quran haram. DOSA BESAR
kita bawak al-Quran haram. DOSA BESAR
Banyak kesan die kalau kita tak betul kan cara wudhuk kita .

Okay bab solat pulak . ape balasan akhirat bila kita tinggal solat

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Korang, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. korang bayangkan berzina dengan ibubapa sendiri . nauzubillah .
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
wallahu a'lam
jom muhasabah diri.


Alhamdulillah dokumen dah selamat sampai ke pihak UniKL.hehe doakan aku semuenye selamat :)



No comments :

Daisypath Happy Birthday tickers