06 May 2012

Hujan Ribut Petir .




musim tengkujuh datang lagi di pantai timur , pelik? macam mana boleh jadi ?
PROSES-PROSES KEJADIAN LA-NINA
Pembentukan La nina berlaku disebabkan tumpuan pancaran cahaya matahari menyebabkan lautan pasifik mengalami pemanasan luar biasa. Keadaan laut yang panas menyebabkan banyak arus naik, udara akan panas lalu mewujudkan kekosngan di atmosfera. Sel kekosongan ini aan menarik angin timuran ke kawasan sel lalu meningkatkan kekencangan angin timuran. Angin timuran yang semakin kencang menolak lebih banyak arus panas menuju ke kawasan perairan Asia Tenggara menyebabkan suhunya lebih panas daripada biasa. Ini mengakibatkan udara di permukaan lautan menjadi panas dan naik membentuk awan mengakibatkan kejadian hujan yang lebat di kawasan Asia Tenggara.
La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur – lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat.
Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia – berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.
proses di atas itu sunnatullah .
Daisypath Happy Birthday tickers